Posts

Showing posts from February, 2017

Perkongsian Hadis 17

Menyayangi Binatang Mendapat Keampunan dan Pahala   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا فَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Pada suatu ketika ada seorang laki-laki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemui sebuah perigi, lalu dia turun kedalam perigi itu untuk minum. Setelah keluar dari perigi, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahny

Perkongsian Hadis 16

Tanda Kebahagiaan Muslim وعن نافع بن الحارث رضي اللّه عنه قال : قال رسول الله   صلى الله عليه وسلم : " مِن سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِم : المَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ ". Dari Nafi bin Abdul Harith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Diantara kebahagiaan seorang Muslim adalah memiliki tempat tinggal yang luas, tetangga yang baik, kenderaan yang menyenangkan (HR Musdad No: 2420) Status: Sahih dalam Silsilah Ahadits Ash-Shahihah (282) Pengajaran: Setiap orang ingin kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Antara tanda kebahagiaan Muslim apabila ia memiliki: 1.   Tempat tinggal yang di dalamnya hati menjadi tenang dan lapang (rumahku syurgaku) 2.   Jiran yang baik, sentiasa mengingatkan dengan takwa,   tidak menyakitkan malah sentiasa bermanfaat kepada jiran yang lain. 3.   Kenderaan yang menyenangkan serta mensejahterakan (tidak membeban dan menyusahkan tuannya)

Perkongsian Hadis 15

Berbuat Baik Kepada Jiran عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Jibril senantiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris." (HR Bukhari No: 5556) Status: Sahih Pengajaran: 1.   Islam menuntut umatnya agar sentiasa berbuat baik dan menghormati orang lain khususnya   jiran tetangga. 2.   Syaikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah dalam Fathul Baari ( X/456) mengatakan: terlaksananya wasiat berbuat baik kepada tetangga dengan menyampaikan beberapa bentuk perbuatan baik kepadanya sesuai dengan kemampuan seperti saling berhadiah, memberi salam, berwajah yang berseri-seri ketika bertemu, mengambil tahu keadaannya, membantunya dalam hal yang ia memerlukan