Posts

Showing posts from December, 2016

Beragama dengan ilmu atau ikutan turun-temurun semata-mata

Agama atau cara hidup bagi setiap manusia bergantung harap kepada satu kuasa lain adalah naluri semulajadi yang wujud dalam diri setiap diri kita. Sejak penciptaan manusia pertama sehinggalah sekarang manusia telah menganuti pelbagai agama dengan terwujudnya bermacam-macam jenis kepercayaan. Terdapat juga manusia yang cuba untuk tidak mahu beragama dan mempeecayai apa sahaja kuasa untuk mereka bergantung dan mereka menganggap manusia adalah bebas dan tidak terkongkong oleh apa jua agama atau kepercayaan. Semua kepercayaan sama ada dari agama samawi atau agama wahyu dan sembahan para anisme sama ada berbilang tuhan atau satu tuhan memerlukan ilmu untuk menyempurnakan ajarannya. Jika sekadar mengikut sahaja jadilah ia hanyalah upacara atau ritual yang tidak bermakna kerana sekadar mengikut apa yang dilakukan oleh orang pandai atau ketua sesuatu ajaran. Setiap ajaran agama perlukan panduan, teologi dan juga tatacara yang diajar seterusnya perlu dipelajari oleh setiap pengikutnya supa