Posts

Showing posts from July, 2015

5 Hari raya sebenar

Imam Anas bin Malik r.a berkata: "Seorang mukmin itu memiliki 5 hari raya, iaitu: 1.     Setiap hari yang dilalui oleh seorang mukmin sementara ia tercatat tidak berdosa pada hari tersebut, maka itu adalah hari raya baginya. 2.     Hari ketika seorang mukmin wafat meninggalkan dunia dengan membawa iman, maka itu adalah hari raya baginya . 3.     Hari ketika seorang mukmin melewati jambatan sirat dan selamat dari huru hara hari kiamat, maka itu adalah hari raya baginya. 4.     Hari ketika seseorang mukmin memasuki surga, maka itu adalah hari raya baginya. 5.     Hari ketika seorang mukmin melihat Tuhannya, maka itu adalah hari raya baginya. Dan kebahagiaan sebenar itu adalah kebahagiaan yang mendatangkan kebahagiaan di akhirat.

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya. Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya? Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu. Allah berfirman, maksudnya:- “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran

Hidup beragama kemanisan sebagai hamba dan indahnya takwa

'Sekolah Ramadhan' datang lagi tanda usia dan tahun telah bertambah atas jalan-jalan kehidupan sebagai seorang manusia, hamba Allah Azzawajalla menjadi pengikut setia Rasul SAW junjunganNYA yang memberi contoh dan teladan melalui agamaNYA. Setiap kali menjelangnya Ramadhan Kareem, perasaan yang menanti amat syahdu sekali kerana memikirkan apakah tahap darjat yang diperolehi disisi Ilahi. Dunia sebagai pentas dan medan ujian yang mempunyai pelbagai jalan yang harus dilalui sebelum berhenti bagi menghadap Ilahi.  Diri yang dikawal akal dan hati (nafsu) selalu terumbang-ambing, berbolak balik dalam setiap perbuatan atas sifat kealpaan dan dorongan syaitan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan anugerah untuk hamba bagi mbermuhasabah diri, memperbaiki dan sebagai bengkel meneguhkan iman di hati bagi mengumpul momentum diri dalam menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Alangkah sedihnya bila sudah separuh 'semester' ramadhan berlalu tanpa apa-apa semangat be