Posts

Showing posts from February, 2014

andai mahu hidup tenang - 47

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم "Hidup ini adalah penghijrahan. Kita berhijrah dari tiada ke rahim ibu, kemudian ke alam dunia, dan apabila mati kita ke alam barzakh, dan kemudian datang hari kiamat kita akan dibangkitkan dan menjalani proses dihisab amalan, dan menunggu sama ada neraka atau syurga destinasi kita" Kehidupan kita di alam sana, bukan nya sekejap. Lama. Malah, tersangat lama. Sama ada kekal bahagia atau kekal derita, tiadalah sama langsung dengan kehidupan di dunia. Bahagia dan derita di dunia hanya sementara, namun andai di akhirat sana, kekal selama-lamanya. Pernah terfikir tak apa nasib kita di sana? Adakah kita menanti dengan penuh peluh resah? Allahu Rabbi. Sanggup kita bermalasan lagi di dunia, padahal kita tahu dunia hanya lah persinggahan dan ianya persinggahan yang sangat sekejap. Di sini lah kita kumpul amal untuk bekalan nanti. Tapi kita ma