andai mahu hidup tenang - 41
بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam ”Manakah amal yang lebih utama?” Baginda menjawab,:”Solat pada waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari) Huraian Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza p...