Posts

Showing posts from August, 2012

Demi Sebuah Perjuangan...

Syeikh Dr Solah Abdul Fatah al-Khalidi menyebut hadis ini sebagai sahih, merujuk kepada tahqiq kitab di bawah. Mari memahami... “Ketahuilah, sesungguhnya roda Islam terus berpusing (berdepan penentangan musuh). Maka hendaklah kamu berpusing bersama al-kitab (al-Quran) di mana saja ia berpusing. Ketahuilah, sesungguhnya penguasa dan al-kitab akan berpisah. Maka janganlah kamu berpisah daripada al-kitab (al-Quran). Ketahuilah, suatu masa kamu akan diperintah oleh para penguasa yang jika kamu taati mereka, mereka akan sesatkan kamu. Jika kamu melawan mereka, mereka akan membunuh kamu. Sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimana harus kami lakukan saat itu? Baginda menjawab: Jadilah seperti mana pengikut-pengikut Nabi Isa alaihissalam. Mereka dipasung pada tiang-tiang dan dihiris dengan gergaji (tetapi mereka kekal beriman dan menolak taat pada penguasa). Mati di jalan Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada tuhan pencipta.” (Hadis Riwayat at-Tabarani) Ini se

AURAT WANITA DARI AL QURAN DAN HADIS

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubat

Sekolah Ramadhan yang dicemari...

Sejak kehidupan ini meniti tahun demi tahun dalam mengharungi arus perubahan zaman dengan kepelbagaian cara kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran terutamanya dalam Bulan Ramadhan. Bulan yang ternukil namanya di dalam Al-Quran dengan kelebihan ganjaran pahala ibadat yang menyamai 1000 bulan itulah janji tuhan yang amat diharapkan. Ibadat puasa yang menjadi Rukun Islam menjadi agenda utama bagi Umat Islam memenuhi tuntutannya selain menggandakan ibadat2 sunat yang ditawarkan ganjaran sehebat ibadat fardhu. Bulan ini pada awalnya akan menjadikan institusi masjid penuh sesak dengan pelbagai aktiviti pada malamnya dengan 'main course' utama bersolat tarawih berjemaah beramai-ramai. Terdapat juga beberapa masjid yang menganjurkan tazkirah dan kuliah ilmu dalam menambahkan lagi objektif Ramadhan sebagai bulan yang penuh tarbiah setelah Syaitan di kekang untuk menghasut anak-anak Adam. Namun begitu, nafsu setiap insan yang selalu dirangsang dan dihasut sang syaitan selama 11