Posts

Showing posts from September, 2011

Beransurnya Ramadhan tersingkapnya Syawal

Masa amat pantas berlalu sehingga kita tidak menyedari atau mengingati semua yang kita jalani berhari-hari sesudah hari berganti hari dan bulan-bulan berlalu pergi. Amat singkat masa yang dirasai dengan kesibukan hal-hal peribadi dan juga tugasan hakiki sebagai pekerja di sebuah agensi. Dengan tidak disedari Ramadhan yang berlalu pergi namun ibadat yang dipenuhi tidaklah seberapa namun syukur ke hadrat ilahi kerana hati ini masih mampu melakukan yang terbaik dari Ramadhan yang sebelumnya. Bila datangnya Syawal, suasana hari raya mula terasa walaupun dari sejak dulu tidak berapa suka cara ia dirayakan oleh masyarakat sebangsa. Pesta juadah ikut selera pada bulan puasa dan temasya makan-makan pula di kala raya. Lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio walaupun ia 'radio islam' jauh lari dari ruh Aidilfitri yang sepatutnya dirai seperti di zaman Rasul tercinta. Mungkin budaya dan situasi berbeza kerana kelainan bangsa diantara 'Madinah' dan 'Malaysia'. L