Islam memang berkebajikan
Bukan mudah untuk Islam ini cemerlang pada zaman yang dikatakan menuju pada penghujungnya. Jika kita membaca tentang hadis-hadis akhir zaman, tanda-tanda kecilnya telah terjadi dan berlaku seperti yang disabda junjungan mulia SAW. Ia telah bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing, maka bahagialah orang-orang yang terasing (dagang). Bila kita membaca catatan-catatan sejarah, selepas kejatuhan pemerintahan Khalifah Islam yang terakhir (Ottoman Empire) maka segalanya telah runtuh bukan dari segi fizikal berbentuk istana dan masjid mewah namun segala sistem pengurusan dan pentadbiran itu sendiri yang terhapus satu persatu. Sistem ini telah dianggap jumud, tidak ada inovasi dalam etika pemerintahan namun masih ada yang dipakai namun ditukar secara metodologi yang berbeza. Lihat dizaman kelemahan serta kejatuhan pemerintahan islam apabila ia telah berpecah seperti piring yang dulunya kukuh namun telah diretakkan satu persatu kemudian terbelah dan menuju kepada satu kehancuran. ...