Posts

Showing posts from May, 2011

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA : Menghiasi kebatilan.

Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik. قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39) Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik : قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْل

Hubungan kita...

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31) Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.   Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". (Asy-Syuura 42:15)

Istiqomah yang paling berat...

Setiap kita sememangnya berdosa dan pintu taubat sentiasa terbuka namun adakah masa hak milik kita untuk menyempurnakan taubat yang tergendala? Ya Allah, kami sentiasa tertipu oleh nafsu dan makhluk derhaka yang licik menipu namun kami sentiasa meminta perlindunganmu agar setiap hela nafas dan gerak geri kami tidak menambahkan dosa dan kesalahan bertambah lagi. Setiap yang terjadi tetap dibawah takdirmu namun kami yang lalai dan terlupa akan perintahmu. Ada firmanMU berbunyi  " Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu'ah 62:6)  Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut HAWANAFSU mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.(Bukan sahaja Ka