Posts

Showing posts from September, 2010

Syair Sekarang ...

Sekarang zaman fitnah yang menakutkan dan tersiar setiap pagi. Sekarang sesama muslim nak senyum sesamapun susah kerana berlainan organisasi. Sekarang sesama muslim keji-mengeji kerana berlainan ideologi dan parti. Sekarang sesama insan punya prejudis sesama sendiri kerana tidak kenal-mengenali. Sekarang ahli ibadatpun ada dengki-mendengki seperti syurga itu hanya untuk diri-sendiri. Sekarang sesama ulama dan umara pun susah bersatu dibawah satu panji. Sekarang  umat  nabi (Muhammad S.A.W) tak berhati-hati dengan musuh yang telah menyamar sebagai saudara seagama sendiri. Sekarang generasi munafik menjadi pemimpin bagi umat majoriti yang buta dan tuli. Sekarang masing-masing tidak peduli asalkan perut dan nafsu dipenuhi. Sekarang sikap mementingkan diri sudah jadi budaya semulajadi. Sekarang majoriti umat ibarat binatang ternak yang cukup makan dan pakai (gaji) tidak kisah dengan nasib saudara sendiri. Sekarang dan setiap hari kita berdoa agar Rabbul I'zzati merahmati, me

Ramadhan..ku harapkan pertemuan sekali lagi

Amat sedih sekali bila bulan telah berganti datangnya Syawal membawa seri yang dinanti-nanti oleh semua muslim bagi merayakannya. Namun jauh di sudut hati Ramadhan telah berlalu pergi dengan harapan ia telah memberi 1001 kebaikan dan mampu membersihkan hati ini. Seuluh malam terakhirnya telah dilalui dengan penantian Malam Al-Qadar yang memberi ganjaran ibadat seperti seribu bulan. Semoga Allah memberikan ganjarannya atas apa yang telah dilakukan. Ramadhan sebagai madrasah pengukuhan iman dan tingkat ketakwaan dalam menghadapi gelombang ujian yang mendatang.