Posts

Showing posts from January, 2010

Salam Maal Hijrah 1431

Kesibukkan dunia telah melalaikan kita yang sebenarnya usia semakin bertambah dengan harapan amalan juga bertambah disamping berkurangnya melakukannya perkara-perkara maksiat dan shubhah. Dunia juga telah bertambah tua dengan tanda-tanda yang dizahirkannya melalui pelbagai bencana akibat cuaca dan struktur plat tektoniknya yang semakin giat bergegar di sini sana. Setiap tahun kita sering meraikan ulangtahun dan juga awal tahun, namun kita selalu lupa yang sebenarnya setiap hari adalah masa yang berbeza dan tahun yang dikira adalah tempoh 12 kali bulan mengelilingi bumi atau sekali bumi mengelilingi matahari. Kita memang selalu tidak sedari atau sengaja buat tidak tahu dengan segala kejadian ini. Kita mungkin terlalu mabukkan dunia sehingga tidak terpikir hakikatnya kita akan meninggalkannya. Setelah 1431 islam secara rasminya mula menyebarkan dakwahnya sehinggalah kini betapa sejarah tidak pernah menipu. Berbagai kisah jatuh bangun umat islam sejak dari zaman dagangnya sehinggalah