Pejuang Perubahan Akan Dikenang
- Petikan dari http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=18 Dua bulan yang lepas, Prof Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservertif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30an maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Di muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba. Di kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya-tidak pernah disu...