Posts

Showing posts from October, 2011

Bolehkah berkahwin dengan orang bunian?

Datuk Dr Haron Din    Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian. 1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku? 2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam? Halimatussaadiah Bota, Perak Jawapan 1 Puan, Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan k...