Bulan Qurban datang lagi..
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...Allahuakbar walillah ilham.Syukur dan segala pujian yang tidak terhingga kepada ALLAH swt yang telah banyak melimpah rahmatnya keseluruh alam. Pengorbanan telah disyariatkan oleh ALLAH swt kepada hambanya yang bertakwa setelah diwajibkan berpuasa. Selepas ini mereka akan menyambut kiraan tahun baru setelah penghijrahan pertama RASULLULAH saw untuk membina satu kekuatan dengan membina atau membentuk satu komuniti islam yang akhirnya membina sebuah negara dan empayar sehingga disambung dari generasi kegenerasi sehingga berjaya menakluk satu pertiga dunia. Inilah falsafahnya bagi setiap orang yang memikirkan bagaimana sebulan digunakan untuk mengukuhkan kesabaran dalam ibadat puasa dan amalan sunat diamalkan bagi justeru membina benteng kekuatan iman. Selepas itu, setelah dua bulan berlalu dan diwajibkan mengunjungi baitullah di Mekah dengan satu disiplin pengibadahan yang amat mengkagumkan. Berjuta umat dikumpul dalam satu acara mega memuja dan m...